Khamis, 28 Mac 2013

Pengalaman ziarah Muzium di Mekah

Assalamualaikum blog kesayanganku..

pengalaman ziarah luar seterusnya adalah
ZIARAH MUZIUM...




muzium disini beraircond, sangat bersih dan cantik.
penjaga muzium besar ini seorang lelaki.
walaupun dia seorang sahaja yang jaga,
tapi beliau dapat kawal pelawat yang ramai itu dengan tenang,
sentuh sikit je dari jauh dia dah jerit..:))
saya tabik pada beliau,
semua cermin dan susun aturnya sangat-sangat kemas dan cantik..



masuk-masuk je muzium tersebut,
terdapat replika bangunan Masjidilharam yang sudah siap di renovate nanti.
YA ALLAH...
sangat sangat sangat teruja saya melihatnya..


walaupun ramai pelawat yang mengunjungi muzium ini,
tetapi suasana dalamnya tenang sangat..


Perigi lama telaga zam-zam..


ini pula adalah picture gambaran 3D dalam telaga air zam-zam,
dalam picture ni tak berapa nak terang,
tapi kalau tengok secara real,
buih air mata air yang keluar tu betul-betul real!
memang sekali lagi menterujakan..
SUBHANALLAH...
picture kanan bawah sekali tu pula adalah,
duit syiling lama yang terdapat di dalam telaga zam-zam semasa proses pembersihan.


Pintu kaabah lama,
YA ROBBI..
CANTIK DAN MENGAGUMKAN...
bukan ini sahaja, kunci kaabah ni pun unik..


Ini pula mesin tenunan lama untuk menenun kain kaabah,
klasik tapi unik.


Hasil tenunan emas yang di framekan,
 sangat halus, betul-betul kemas,
dari jauh sangat cantik,
lagi dekat, sangat sangat sangat cantik !

perkara seterusnya yang mengagumkan saya di muzium ini adalah,
melihat pancur emas lama dari dekat,
betul-betul depan mata,
YA ALLAH...
biasanya dari bawah kaabah sahaja,
SUBHANALLAH.....




pancur emas ini sebenarnya terletak di atas kaabah di kawasan Hijir Ismail.



di atas kaabah inilah pancur emas tersebut,
maaflah ye,
picture ni agak kabur sebab suami ambil semasa berada di dalam Hijir Ismail di Masjidilharam.


ok last sekali,
bekas simpanan lama untuk meletakkan barang-barang simpanan di Masjid.

ok,
banyak lagi picture yang menarik yang patut di ambil di muzium ini,
tetapi memandangkan pengunjung tidak dibenarkan berada lama disana,
makanya picture yang sempat diambil juga lite-lite sahaja..:))
oleh kerana waktu zohor sudah menghampiri,
kami segera pulang menuju ke hotel masing-masing untuk siap-siapkan diri..



Saya akhiri picture kucing Mekah yang menjaga di luar muzium sebagai kenangan..:))
sporting !! hehehe..

ok, sekian...
Assalamualaikum...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jomlah komen sini